Wahai yang namanya tertulis di luh mahfuz untukku
Maafkan aku kerana dalam perjalanan mencari kamu aku seringkali tersungkur, tersalah jalan dan tesilap langkah.
Maafkan aku andai esok saat kita bertemu,
Aku datang membawa luka-luka mazmumah lama yang belum sembuh sepenuhnya.
Aku datang membawa pakaian iman yang tercemar dek debu-debu dosa.
Rawatlah aku, bantulah aku supaya aku bersih apabila kelak pergi menghadapNYA
Aku tak tahu perjalanan ini akan berakhir di mana dan bila,
tapi aku akan cuba berpegang pada perjanjian kita hingga tiba masanya.
Walaupun setia kepada INSAN YANG ENTAH SIAPA itu tak semudah yang disangka
Jika ia benar sebuah cinta, layarkanlah aku ke syurgaNya...

.jpg)
No comments:
Post a Comment