Sunday, 3 June 2012





ALLAH takkan berikan ujian kepada hamba sekiranya hamba itu tidak mampu untuk memikulnya . Sesekali mungkin kamu sukar untuk bangkit melangkah di atas onak dan duri . Sesekali mungkin kamu menangis menahan derita di hati dan jiwa .

Kamu mahu menyembunyikan segala luka di hati kamu dari pandangan mata insan . Kamu tetap tersenyum meskipun sukar . Tapi tatkala malam kamu rapuh dalam lakonan kamu . 

Kamu tetap menangis sebaik sahaja kamu duduk di hamparan sejadah . Menangislah sayang , sehingga kamu puas . Mengadulah kepada ALLAH , tenangkan hatimu yang resah dengan kalimah suci .

Lepaskan segala kesedihan yang ada di tubir mata kamu . Berpegang teguh pada janji Illahi . Akan ada kebahagiaan selepas kesedihan yang kamu alami . Hilangkan segala kekecewaan dengan mengadu pada Illahi .. 

No comments:

Post a Comment